BUAYA di Sungai Baines bukan sahaja ditembak mati malah dagingnya dimasak sebagai jamuan adat penduduk komuniti Orang Asli tempatan. FOTO Agensi
BUAYA di Sungai Baines bukan sahaja ditembak mati malah dagingnya dimasak sebagai jamuan adat penduduk komuniti Orang Asli tempatan. FOTO Agensi
Agensi

Canberra: Buaya di Sungai Baines di bandar Bulla di wilayah utara Australia yang menyerang kanak-kanak bukan sahaja ditembak mati malah dagingnya dimasak sebagai jamuan untuk penduduk komuniti Orang Asli tempatan.

Sky News melaporkan, Polis Wilayah Utara mengatakan ia 'jamuan besar tradisional' yang sudah lama tidak diadakan.

Menurut polis, haiwan pemangsa itu bukan sahaja menyerang orang dewasa dan kanak-kanak malah turut membaham beberapa anjing milik penduduk setempat.

"Susulan perbincangan dengan penduduk setempat, buaya itu ditembak mati bagi memastikan ia tidak terus menimbulkan risiko besar kepada masyarakat.

"Buaya yang sudah dibunuh itu kemudian dibawa ke Bulla yang mana masyarakat setempat menyediakannya untuk jamuan besar mengikut adat tradisional", kata polis.

"Ia dimasak menjadi sup ekor buaya dan barbeku," kata Sarjan Andrew McBride kepada ABC News.

Selain itu, beberapa keping daging buaya tuurt dibalut dengan daun pisang dan dimasak di bawah tanah.

"Ia adalah jamuan tradisional yang agak besar dan ramai dalam kalangan komuniti itu.

"Itulah akibat buaya muncul di tempat yang tidak pernah dilihat dan mengganas sebelum ini," kata McBride.

Sementara itu Komander Kylie Anderson berkata pengalaman seumpamanya adalah antara perkara yang tidak membosankan kepada polis bertugas di kawasan pedalaman.

"Terima kasih kepada kerjasama yang lancar antara Taman dan Hidupan Liar dan masyarakat. Tidak pernah ada masa yang membosankan dalam penugasan kepolisan jauh di pedalaman," katanya.

Keterangan Gambar

slug: croco

BUAYA di Sungai Baines yang ditembak mati kerana menyerang kanak-kanak dimasak untuk dijadikan jamuan kepada penduduk komuniti Orang Asli tempatan. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 12:18 PM