PETUGAS kesihatan mendaftar nama penduduk bagi ujian swab di Pusat Kesihatan di Hyderabad. FOTO AFP
PETUGAS kesihatan mendaftar nama penduduk bagi ujian swab di Pusat Kesihatan di Hyderabad. FOTO AFP
BERNAMA

New Delhi: Jumlah kes Covid-19 di India mencecah sembilan juta pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua memetik Kementerian Kesihatan Persekutuan.

Dengan 45,882 kes jangkitan baharu di seluruh negara, jumlah keseluruhan adalah 9,004,365, manakala jumlah kematian seramai 132,162 setelah 584 lagi pesakit meninggal dunia, menurut data rasmi kementerian.

Sebanyak 443,794 kes aktif dilaporkan manakala 8,428,409 pesakit dibenarkan pulang setelah mendapat rawatan.

Kerajaan India meningkatkan kemudahan ujian saringan yang menyaksikan sehingga Khamis sebanyak 129,591,786 ujian telah dilakukan.

Pada Khamis sahaja 1,083,397 ujian saringan dibuat.

Sejak beberapa hari lalu, New Delhi mencatatkan lonjakan mendadak kes baharu,

Pemerintah New Delhi telah melaksanakan langkah-langkah ketat untuk mengatasi lonjakan itu, termasuk menaikkan denda kepada 2,000 rupee India (sekitar US$ 27) dan mengehadkan kehadiran tetamu kepada 50 orang dalam majlis perkahwinan berbanding 200 tetamu sebelum ini.

Menurut Ketua Menteri Arvind Kejriwal, terdapat 42,458 kes di ibu negara, menyebabkan lebih banyak katil diperlukan termasuk di unit rawatan rapi (ICU).

Dalam perkembangan berkaitan, perintah berkurung waktu malam telah dilaksanakan di bandar Ahmedabad di barat Gujarat berkuat kuasa Jumaat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2020 @ 4:01 PM