LOKASI kejadian tanah runtuh itu di Kampung Liangshui, dekat Bandar Zhaotong City di wilayah Yunnan. FOTO Reuters
LOKASI kejadian tanah runtuh itu di Kampung Liangshui, dekat Bandar Zhaotong City di wilayah Yunnan. FOTO Reuters
BERNAMA

Kunming: Sekurang-kurangnya 47 orang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang melanda wilayah Yunnan di barat daya China pada Isnin.

Lebih 200 penyelamat bersama 33 kenderaan bomba dan 10 jengkaut terbabit dalam operasi mencari mangsa selepas bencana itu berlaku di Kampung Liangshui, Pekan Tangfang di bandar Zhaotong pada 5.51 pagi, lapor Xinhua.

Seramai lebih 200 penduduk dipindahkan ketika Suruhanjaya Wilayah bagi Pengurangan Bencana mengaktifkan tindak balas kecemasan Tahap III untuk bantuan bencana.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 January 2024 @ 3:31 PM