GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kunming: Sekurang-kurangnya 22 individu cedera dalam gempa bumi berkekuatan 5.5 magnitud melanda bandar Lijiang di wilayah Yunnan, China sekitar jam 3.02 petang waktu tempatan, hari ini.

Menuru Xinhua, pusat gempa berada sekitar 60 kilometer dari Ninglang dan 3 kilometer dari Yongning.

Sumber dari jabatan publisiti Ninglang berkata, banyak serpihan jubin dapat dilihat di lokasi kejadian.

Jabatan bomba Ninglang menghantar empat jentera dengan 15 anggota ke lokasi untuk menyiasat kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 7:59 PM