SERAMAI 353 penari balet memecahkan rekod dunia selepas melakukan ‘ballerina en pointe’ serentak. FOTO Agensi
SERAMAI 353 penari balet memecahkan rekod dunia selepas melakukan ‘ballerina en pointe’ serentak. FOTO Agensi
Agensi

New York: Sekumpulan 353 penari balet memecahkan rekod dalam Guinness World Record (GWR) apabila melakukan tarian 'ballerina en pointe', secara serentak selama seminit.

Acara anjuran Youth America Grand Prix (YAGP) dilakukan di Plaza Hotel, sebuah hotel terkenal di New York yang menjadi tuan rumah program berkenaan.

United Press International (UPI) melaporkan, pihak penganjur menjelaskan program yang dianjurkan itu bukan bermotifkan keuntungan.

Sebaliknya, Pengarah Hal Ehwal Luar YAGP Sergey Gordeev berkata, ia sebaliknya bagi meraikan ulang tahun YAGP ke-25 dengan mengumpulkan penari muda yang berpakaian tutu berwarna putih bagi menunjukkan bakat mereka.

Kumpulan penari muda ini kemudian melakukan tarian 'ballerina en pointe' secara serentak selama satu minit dan berjaya memecahkan rekod GWR.

Percubaan pada Rabu itu memecahkan rekod yang pernah diadakan pada 2019 yang menampilkan 309 penari, termasuk pengacara rancangan bual bicara Kelly Ripa

"Tujuan utama kami melakukan ini adalah untuk memberitahu dunia bahawa tarian mempunyai kuasa penyembuhan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 3:10 PM