PETER von Tangen Buskov melakar sejarah dalam GWR selepas memasukkan 68 batang mancis dalam hidungnya. FOTO Agensi.
PETER von Tangen Buskov melakar sejarah dalam GWR selepas memasukkan 68 batang mancis dalam hidungnya. FOTO Agensi.
Agensi

Copenhagen: Lelaki Denmark menempa rekod luar biasa dalam Guinness World Records (GWR) selepas berjaya memasukkan 68 batang mancis ke dalam lubang hidungnya.

Peter von Tangen Buskov, 39, dianugerah gelaran untuk mancis terbanyak disumbat dalam lubang hidung, mengatasi rekod asalnya 45 batang mancis.

"Apa yang mengejutkan adalah ia langsung tidak sakit. Saya mempunyai lubang hidung yang besar dan kulit agak tegang. Saya percaya itu yang banyak membantu," kata Buskov kepada GWR.

Buskov berkata, dia memilih cabaran itu selepas meneliti rekod dunia lain yang cuba diatasi.

Katanya, dia tidak terfikir boleh mengalahkan rekod sendiri, tetapi menolak untuk mencuba lagi cabaran sama pada masa depan.

"Bagi saya, menambah kapasiti (mancis) memerlukan latihan atau mungkin hidung saya akan membesar apabila usia saya meningkat," katanya yang dipetik UPI.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 3:39 PM