GAMBAR Hiasan.
GAMBAR Hiasan.
Agensi

New Delhi: Sepasang pengantin di India tidak sempat merasa bulan madu selepas pengantin lelaki meninggal dunia ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung.

Kejadian berlaku di Sialkot, negeri Punjab, utara India dengan video insiden itu tular di media sosial.

Dalam rakaman berkenaan kelihatan pengantin lelaki duduk dalam keadaan tidak selesa dan menunduk, manakala pengantin perempuan di sisinya sedang mengira mas kahwin yang dihadiahkan suami.

Tidak lama kemudian, lelaki itu rebah yang mengejutkan pengantin perempuan dan keluarga, sebelum masing-masing memeriksa keadaannya.

Polis berkata, keluarga pengantin melaporkan kematian lelaki itu akibat serangan jantung dan tiada tindakan undang-undang diambil buat masa ini.

Insiden pengantin maut pada hari perkahwinan bukan pertama kali berlaku kerana pada 2021, seorang wanita dikenali Surabhi rebah dan meninggal dunia ketika upacara pernikahan dengan Manoj Kumar di negeri Uttar Pradesh.

Seorang doktor dipanggil ke tempat kejadian untuk merawatnya namun gagal dan wanita itu mati kerana serangan jantung.

Bagaimanapun, keluarga kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak membatalkan majlis, sebaliknya meneruskan upacara dengan menggantikan pengantin perempuan dengan kakaknya, Nisha.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2023 @ 3:40 PM