Masjidilharam, Makkah. FOTO AFP
Masjidilharam, Makkah. FOTO AFP
BERNAMA

Bangkok: Seramai 11 jemaah haji Thailand meninggal dunia akibat sakit semasa menunaikan haji, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar, Kanchana Patarachoke.

Beliau berkata, seramai 3,500 jemaah lagi menerima rawatan perubatan di Arab Saudi.

"Lebih daripada 50 peratus pesakit menunjukkan simptom paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kebanyakannya warga emas," katanya.

Tahun ini, pihak berkuasa Arab Saudi memperuntukkan 13,000 kuota haji untuk Thailand.

Pihak berkuasa Thailand menghantar 130 pegawai untuk membantu menguruskan jemaah.

Mereka diketuai Senator Zakee Pitakumpol serta wakil dari Pejabat Sheikhul Islam, Suruhanjaya Promosi Hal Ehwal Haji, pakar dalam bahasa Arab, Majlis Islam Pusat Thailand, Jabatan Pentadbiran Wilayah (Dopa) serta pasukan pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Awam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Julai 2023 @ 8:07 AM