PUTING beliung di Wilayah Kesatuan Nay Pyi Taw yang dirakam individu sebelum dimuat naik di media sosial.
PUTING beliung di Wilayah Kesatuan Nay Pyi Taw yang dirakam individu sebelum dimuat naik di media sosial.
Bernama-Xinhua

Yangon: Enam orang terbunuh dan 109 lagi cedera selepas puting beliung melanda tengah Myanmar semalam, lapor Xinhua yang memetik pihak berkuasa tempatan.

Ia melanda perkampungan Lewe di Wilayah Kesatuan Nay Pyi Taw kira-kira 6.45 petang waktu tempatan pada Jumaat, kata Jabatan Bomba Myanmar.

Menurutnya, kematian membabitkan dua lelaki dan empat wanita, sementara lebih 200 rumah rosak dibadai ribut.

"Enam orang meninggal dunia di tempat kejadian dan 109 orang lagi cedera berikutan angin kencang. Seramai 16 daripada mereka yang cedera dalam keadaan kritikal," kata polis tempatan kepada Xinhua, yang menambah tiada kematian baharu dilapor setakat pagi hari ini.

Mereka yang cedera dirawat di hospital di Wilayah Kesatuan Nay Pyi Taw dengan operasi penyelamatan sedang berjalan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2023 @ 4:10 PM