GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Bernama-Xinhua

Yangon: Polis Myanmar baru-baru ini merampas bahan kimia terkawal dan dadah bernilai lebih 10.44 bilion kyat (US$4.97 juta) di kawasan Nay Pyi Taw dan wilayah Mandalay dan Sagaing.

Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara (SAC) pada Selasa berkata bertindak atas maklumat, polis merampas 4.2 juta pil perangsang daripada sebuah kenderaan yang diperiksa dalam operasi bersama di perbandaran Lewe di kawasan Nay Pyi Taw pada 1 Disember lapor Xinhua.

Pengedar dadah yang terlibat dalam kes itu ditahan pada hari yang sama di sebuah hotel di perbandaran Chanayethazan, wilayah Mandalay.

Siasatan lanjut kes itu mendorong kepada rampasan sebanyak 1.8 juta pil perangsang di Chanayethazan pada 2 Disember.

Selain itu, kira-kira 176,000 pil perangsang dan 8.8 kilogram (kg) heroin telah dirampas di perbandaran Patheingyi wilayah Mandalay pada 5 Disember manakala 3.2 tan kafein kimia terkawal telah dirampas dalam perbandaran Kalay wilayah Sagaing pada 9 Disember.

Menurut pasukan penerangan SAC dadah yang dirampas itu diseludup dari negeri Shan ke Wilayah Mandalay, wilayah Yangon dan wilayah Sagaing.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Disember 2023 @ 5:49 PM