JEMAAH menunaikan solat sunat Aidilfitri di Stadium Dadaha, Kota Tasikmalaya, Indonesia, hari ini. FOTO Agensi.
JEMAAH menunaikan solat sunat Aidilfitri di Stadium Dadaha, Kota Tasikmalaya, Indonesia, hari ini. FOTO Agensi.
Agensi

Jakarta: Ribuan jemaah Muhammadiyah di Kota Tasikmalaya, Indonesia melaksanakan solat sunat Aidilfitri di Stadium Dadaha, hari ini.

Tribunnews melaporkan, sejak jam 5.30 pagi, jemaah mengerumuni kompleks sukan Dadaha untuk menunaikan solat sunat hari raya dan bersolat hingga parkir kenderaan.

Majlis dimulakan dengan ceramah ringkas tatacara melaksanakan solat, malah cuaca yang cerah pagi tadi membolehkan solat berlangsung baik.

"Sebelum ini (tahun sebelum ini) hujan turun, jadi saya risau. Tetapi pagi ini cerah," kata Pengerusi Jawatankuasa, H Oslan.

Oslan berkata, pihaknya sebelum ini menganggarkan jemaah yang hadir sekitar 2,000 orang.

"Tetapi hari ini ternyata melebihi 5,000 orang," katanya.

Bekas datuk bandar Kota Tasikmalaya, H Syarif Hidayat yang ditemui menzahirkan rasa lega solat sunat Aidilfitri berjalan lancar.

"Alhamdulillah, seperti yang dilihat sebelum ini berjalan lancar. Lebih-lebih lagi mendapat sokongan institusi berkaitan seperti polis ," katanya yang memegang jawatan itu bagi tempoh 2007-2012.

Tambahnya, solat sunat Aidilfitri jemaah Muhammadiyah bukan sahaja diadakan di Stadium Dadaha, malah turut diadakan di 14 lokasi lain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2023 @ 3:28 PM