ASAP dan api ketika Israel menyerang Khan Yunis hari ini. FOTO REUTERS
ASAP dan api ketika Israel menyerang Khan Yunis hari ini. FOTO REUTERS
BERNAMA

New York: Tentera Israel melancarkan serangan udara di Lubnan pada Jumaat, beberapa jam selepas ia menyerang terowong di Gaza.

Tentera Israel berkata di Twitter bahawa ia kini melakukan serangan di Lubnan.

Ia berkata serangan membabitkan sasaran milik kumpulan penentang Palestin Hamas di selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu.

Pada awal Jumaat, tentera Israel menyerang dua terowong di Beit Hanoun dan Khan Yunis serta dua kilang senjata sebagai tindak balas kepada "ancaman keselamatan oleh Hamas".

Mengulas serangan udara Israel itu, Hazem Kassem, jurucakap Hamas, berkata Israel memikul tanggungjawab penuh terhadap serangan dan pencerobohannya di Baitulmaqdis dan Gaza.

Kumpulan itu melancarkan roket dari Semenanjung Gaza mensasarkan Israel selepas serangan terbaru.

Tentera Israel juga mengeluarkan amaran di Twitter mengatakan siren berbunyi di selatan Israel.

Perkembangan terbaru berlaku selepas tentera Israel menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan secara paksa mengusir jemaah Palestin dua malam berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 12:33 PM