Gambar hiasan
Gambar hiasan
BERNAMA

New Delhi: Sekurang-kurangnya 14 orang maut selepas bumbung kemudahan penyimpanan kentang di Uttar Pradesh utara India runtuh, kata seorang pegawai pada Jumaat.

Insiden berlaku di bandar Chandausi daerah Sambhal pada petang Khamis.

Bercakap kepada Agensi Anadolu, pesuruhjaya bantuan negeri, Prabhu N Singh berkata 10 lagi mangsa berjaya diselamatkan daripada runtuhan.

Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath, melawat mangsa yang cedera di hospital, mengumumkan pampasan untuk waris si mati dan juga mangsa cedera.

Kerajaan negeri turut mengarahkan siasatan dijalankan terhadap insiden itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2023 @ 11:35 AM