SEORANG kanak-kanak yang disyaki menghidap demam denggi menunggu ujian saringan di luar wad. FOTO AFP
SEORANG kanak-kanak yang disyaki menghidap demam denggi menunggu ujian saringan di luar wad. FOTO AFP
Agensi

New Delhi: Lebih 40 kanak-kanak dan puluhan orang dewasa di Uttar Pradesh, India maut dalam tempoh seminggu akibat penularan 'demam misteri'.

Memetik portal Independent, pegawai kesihatan berkata, ratusan orang lagi dirawat di hospital di sebelah timur negeri itu.

Penularan pantas penyakit itu menyebabkan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath mengarahkan penambahan segera katil hospital.

Beliau turut mengarahkan jabatan kesihatan daerah melakukan penyelidikan terperinci punca demam itu.

Difahamkan, pesakit mengadu mengalami gejala demam panas, sakit sendi, pening, dehidrasi dan loya.

Sesetengah kes, pesakit juga mengalami penurunan platelet darah dan ruam pada badan.

Mereka yang meninggal dunia akibat penyakit ini tiada kaitan dengan Covid-19 dan diuji negatif.

Kes sama dilaporkan menular di daerah Firozabad, Agra, Mathura, Mainpuri, Etah dan Kasganj.

Beberapa pakar perubatan mengesyaki kes mempunyai kaitan dengan demam denggi, namun kerajaan negeri menafikan perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 September 2021 @ 6:30 AM