IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS)
IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS)
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi di Indonesia, pada 8.34 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 146 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 69 km tenggara dari Gorontalo, Indonesia.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2023 @ 10:28 AM