MONYET. FOTO Hiasan
MONYET. FOTO Hiasan
Agensi

New Delhi: Bukan hanya mendapat layanan baik, malah sekumpulan monyet di India, diberi penghormatan menduduki tanah sendiri.

Penduduk Kampung Upla, Osmanabad memandang tinggi hidupan itu dengan memberinya makan setiap kali mereka muncul di depan pintu rumah mereka.

Selain itu, haiwan itu turut dialu-alukan dalam majlis perkahwinan.

Ketua Kampung Bappa Padwal, rekod tanah menjelaskan, tanah seluas 13 hektar itu didaftarkan atas nama semua monyet yang tinggal di kampung itu.

"Walaupun dokumen dengan jelas menyatakan tanah itu milik monyet, tidak diketahui siapa yang mencipta peruntukan ini untuk haiwan dan bila ia dilakukan.

"Pada masa lalu, monyet adalah sebahagian daripada semua ritual yang dijalankan di kampung itu.

"Kampung ini adalah rumah kepada hampir 100 monyet sekarang dan bilangan mereka berkurangan sejak beberapa tahun kerana haiwan itu tidak tinggal lama di satu tempat," katanya.

Katanya, Jabatan Hutan menjalankan kerja-kerja perladangan di atas tanah itu dan terdapat juga sebuah rumah terbiar di plot itu yang kini runtuh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2022 @ 3:33 PM