TIKUS gergasi seperti ini dikatakan memakan bayi berkenaan. FOTO DM
TIKUS gergasi seperti ini dikatakan memakan bayi berkenaan. FOTO DM
Agensi

Johannesburg: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan mati dimakan hidup-hidup ‘tikus gergasi’ selepas dia ditinggalkan di rumah bersendirian oleh ibunya yang keluar minum di sebuah bar.

Bayi itu dimakan tikus ketika terbaring di atas katilnya.

Berikutan kejadian itu, berapa jiran mendesak ibunya yang berusia 26 tahun ditangkap dan ‘dibiar mereput di dalam penjara.’

Ibunya yang ditahan atas tuduhan mengabaikan bayi itu menemui mayat anaknya berlumuran darah selepas pulang awal pagi di Katlehong, Johannesburg.

Kembar lelaki bayi itu bernama Lucky bagaimanapun terselamat kerana dibawa ibu mereka ke bar berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 8:10 AM