MIKIZO Ueda. FOTO Twitter
MIKIZO Ueda. FOTO Twitter
Agensi

Tokyo: Lelaki paling tua di Jepun, Mikizo Ueda, meninggal dunia pada usia 112 tahun, menurut kerajaan tempatan di Nara, pada Selasa.

Jepun memiliki rakyat yang memiliki jangka hayat tertinggi di dunia.

Beberapa orang di Jepun sebelum ini pernah yang diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai antara manusia paling tua di dunia.

Lelaki warga Jepun, Jiroemon Kimura meninggal dunia pada usia 116 tahun dan 54 hari, pada Jun 2013.

Selain itu, manusia tertua yang pernah direkodkan adalah seorang wanita, Kane Tanaka yang mencapai usia 119 tahun, dan meninggal dunia pada 19 April lalu di wilayah Fukuoka.

Dengan kematian ini, individu tertua yang masih hidup di Jepun sekarang adalah Fusa Tatsumi dari Osaka, yang kini berusia 115 tahun.

Selain itu, Lucile Randon, seorang biarawati dari Perancis kini berusia 118 tahun dan menjadi manusia tertua yang terselamat daripada Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 September 2022 @ 10:11 AM