PEJUANG Taliban dan penduduk awam berkumpul di masjid yang menjadi lokasi serangan berkenaan. FOTO AP
PEJUANG Taliban dan penduduk awam berkumpul di masjid yang menjadi lokasi serangan berkenaan. FOTO AP
BERNAMA

Kabul: Angka korban letupan di sebuah masjid di sini, pada Rabu, meningkat kepada 30 orang, manakala 40 orang cedera, lapor koresponden Sputnik.

Senarai mangsa termasuk ulama terkenal, Amir Mohammad Kabali.

Taliban mendakwa menguasai sepenuhnya Afghanistan, namun militan Daish terus-menerus melakukan serangan terhadap orang awam dan polis di seluruh negara.

Dua minggu lalu, dua letupan menggegarkan Kabul dan mengorbankan 10 individu dan mencederakan 40 yang lain.

Menurut laporan media, militan Daish mengaku bertanggungjawab atas kedua-dua serangan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 1:56 PM