KABUL. FOTO Reuters
KABUL. FOTO Reuters
AFP

Kabul: Letupan di sebuah masjid di sini pada Rabu, membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan hampir 24 orang, menurut hospital dan pegawai.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Itali, Emergency yang mengendalikan sebuah hospital di Kabul berkata, pihaknya menerima 27 mangsa letupan itu, termasuk tiga yang maut.

"Kita menerima tiga mangsa maut," Emergency memberitahu AFP menerusi e-mel.

Menurut NGO itu, kebanyakan pesakit mengalami kecederaan akibat terkena serpihan dan mengalami lecur.

Jurucakap kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid mengesahkan ada mangsa yang terkorban tetapi tidak memperincikan jumlahnya.

Insiden itu berlaku hampir seminggu selepas serangan berani mati terhadap imam.

Pada kejadian 11 Ogos itu, seorang penyerang berani mati meletupkan diri di dalam sebuah madrasah.

Militan Daish bertanggungjawab atas kejadian itu.

Sejak Taliban mengambil alih kuasa sejak setahun lalu, ada banyak insiden keganasan dalam negara.

Namun, militan Daish sering melakukan serangan, dengan kebanyakannya menyasarkan komuniti minoriti seperti Syiah, Sufi dan Sikh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 8:23 AM