PASUKAN penyelidik melakukan pemeriksaan di lokasi tapak kaki itu ditemukan. FOTO Agensi
PASUKAN penyelidik melakukan pemeriksaan di lokasi tapak kaki itu ditemukan. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Satu tapak kaki dinosaur yang dianggarkan berusia 100 juta tahun ditemukan di barat daya China.

Tapak kaki itu ditemui seorang pengunjung di halaman sebuah restoran restoran di Leshan, wilayah Sinchuan.

Beberapa lubang di celahan batu di restoran itu mempunyai kesan tapak kaki sauropod, spesies dinosaur yang hidup pada awal zaman Cretaceous, kata Lida Xing, ahli paleontologi dan profesor bersekutu di Universiti Geosains China.

Xing bersama pasukannya kemudian mengesahkan penemuan itu menggunakan pengimbas tiga dimensi (3D).

Sauropods adalah spesies yang memiliki leher dan ekor yang panjang menjadi haiwan terbesar di dunia.

Spesies itu boleh membesar sebesar tiga bas sekolah dengan berat yang boleh menggegarkan permukaan tanah ketika berjalan.

Dua spesies sauropod meninggalkan tapak itu berkemungkinan memiliki panjang kira-kira lapan meter.

Walaupun banyak fosil dinosaur zaman purba ditemui di Sichuan, namun ia jauh lebih sedikit berbanding fosil dari zaman Cretaceous.

Zaman Cretaceous adalah tempoh perkembangan berskala besar dinosaur dan menganggap penemuan ini sebagai bukti zaman Cretaceous Sichuan yang memiliki kepelbagaian spesis dinosaur.

Perkembangan pesat China dalam beberapa dekad kebelakangan ini menjadikan kajian kehidupan purba melalui rekod fosil menjadi lebih sukar.

"Sukar untuk menemui fosil di bandar kerana banyak bangunan yang sudah dibina," katanya.

Pasukan Xing melawat tapak itu dalam tempoh 48 jam selepas penemuan dilaporkan kerana khuatir ia akan musnah akibat kerja pembinaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2022 @ 11:41 AM