JAMBATAN China-Rusia dibuka Jumaat lalu. FOTO  AFP.
JAMBATAN China-Rusia dibuka Jumaat lalu. FOTO AFP.
Agensi

Moscow: Selepas tertangguh dua tahun akibat pandemik Covid-19, jambatan yang menghubungkan Rusia dan China, secara rasminya mula dibuka kepada awam, Jumaat lalu.

Sempena majlis pelancarannya di Blagoveshchensk, trak pertama disambut meriah dengan percikan bunga api.

Jambatan yang dibina di atas Sungai Amur itu menghubungkan kota Blagoveshchensk di timur Rusia dengan Heihe di utara China.

Jambatan yang mempunyai dua lorong lalu lintas itu menelan kos sekitar 19 juta rubel (RM1.45 juta).

Pembinaan jambatan itu siap dua tahun lalu namun perasmiannya ditangguhkan berikutan penularan Covid-19.

Walaupun kedua-dua negara pernah menjadi musuh pada zaman Perang Dingin, namun sejak beberapa tahun lalu mereka mula meningkatkan kerjasama politik dan ekonomi berikutan mengimbangi apa yang mereka lihat sebagai dominasi global Amerika Syarikat.

Hubungan perdagangan antara Rusia dan China yang berkongsi sempadan sepanjang 4,250 kilometer berkembang pesat sejak pemulihan hubungan antara kedua-dua negara gergasi itu pada akhir 1980-an.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2022 @ 1:06 PM