X
TATIANA GOLIKOVA
TATIANA GOLIKOVA
Reuters

RUSIA mengumumkan akan menyekat warga China dari memasuki negara berkenaan bermula esok, dalam usaha drastik mengekang wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Timbalan Perdana Menterinya yang juga bertanggungjawab terhadap sektor kesihatan, Tatiana Golikova berkata, sekatan berkenaan akan bermula 20 Februari ini.

“Ia meliputi perjalanan masuk ke Rusia untuk urusan pekerjaan, pengajian atau pelancongan,” katanya.

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat berikutan keadaan di China yang semakin buruk selain warga China masih bebas masuk ke Rusia.

“Rusia adalah destinasi popular di kalangan warga China malah, ada yang berkunjung ke sini dalam perjalanan mereka ke Barat,” katanya.

Rusia juga telah menutup sempadan Rusia - China sejauh 4,250 kilometer.

Sehingga kini, belum ada kes individu di Rusia dijangkiti wabak berkenaan.

Sebelum ini, dua wanita yang baru kembali dari China disyaki dijangkiti wabak berkenaan namun, dibenarkan pulang selepas pemeriksaan mendapati keputusannya negatif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Februari 2020 @ 7:49 PM