Masjidilharam, Makkah. FOTO SPA / AFP
Masjidilharam, Makkah. FOTO SPA / AFP
BERNAMA

Riyadh: Arab Saudi dan kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidilfitri pada Isnin.

Istana Arab Saudi dalam kenyataannya berkata, anak bulan Syawal, yang menandakan bulan ke-10 dalam kalendar Islam tidak kelihatan pada Sabtu (30 April).

"Oleh itu, Ahad (1 Mei) adalah hari terakhir Ramadan dan Aidilfitri pada Isnin (2 Mei)," lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan berkenaan.

Pihak berkuasa agama di Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Bahrain dan Yaman juga mengumumkan Aidilfitri pada Isnin.

Selain itu, negara lain yang menyambut Aidilfitri pada tarikh sama adalah Mesir, Sudan, Libya, Lebanon, Syria Palestin.

Dalam pada itu, tarikh melihat anak bulan untuk Oman, Jordan, ditetapkan pada Ahad.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2022 @ 10:30 AM