KANE Tanaka. FOTO Kyodo/ Reuters
KANE Tanaka. FOTO Kyodo/ Reuters
AFP

Tokyo: Wanita tertua di dunia meninggal dunia pada usia 119, lapor pegawai tempatan pada Isnin.

Kane Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903 di barat daya Fukuoka, tahun yang sama Wright bersaudara terbang buat kali pertama dan Marie Curie menjadi wanita pertama memenangi Hadiah Nobel.

Kesihatan Tanaka agak baik sepanjang dia tinggal di rumah jagaan dengan dia sempat beriadah, menyelesaikan masalah Matematik dan menikmati soda serta coklat baru-baru ini.

Pada usia mudanya, Tanaka menjalankan pelbagai perniagaan termasuk kedai mi dan kedai kek beras.

Dia berkahwin dengan Hideo Tanaka pada 1922 dan melahirkan empat anak dan mengambil seorang anak angkat.

Dia merancang untuk menggunakan kerusi roda ketika mengambil bahagian dalam larian obor Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu, namun wabak Covid-19 menghalang hasratnya itu.

Ketika Rekod Dunia Guinness (GWR) mengiktirafnya sebagai orang tertua yang hidup pada 2019, dia ditanya saat yang paling gembira dalam hidup dan jawapannya, 'sekarang'.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2022 @ 10:06 AM