FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Dubai: Mahkamah Dubai menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan kepada seorang pengasuh kerana merakam klip video kanak-kanak diasuhnya dalam keadaan tidak senonoh dan menghantarnya kepada teman lelakinya.

Menurut rekod rasmi, pengasuh itu pernah merakam video kanak-kanak berusia tiga tahun itu menggunakan telefon bimbitnya dan menghantar klip itu kepada teman lelakinya melalui WhatsApp, lapor Gulf News.

Ibu kanak-kanak itu memberi keterangan bahawa dia menyedari defendan duduk di atas kerusi bersama anak perempuannya selepas tengah malam.

Katanya, dia melihat klip adegan lucah yang menunjukkan anak perempuannya bersama pengasuh.

Wanita itu melaporkan kejadian itu kepada balai polis Al Barsha.

Selepas disiasat, pengasuh itu mengaku merakam kanak-kanak itu dan menghantar klip itu kepada teman lelakinya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan kepada defendan dan diikuti dengan pengusiran.

Keputusan akan tertakluk kepada rayuan dalam tempoh 15 hari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2022 @ 6:45 AM