Pekerja kafe di pantai di Bali membuat persiapan menyambut ketibaan pengunjung. - FOTO Reuters
Pekerja kafe di pantai di Bali membuat persiapan menyambut ketibaan pengunjung. - FOTO Reuters
Reuters

Jakarta: Bali akan menerima kemasukan pelancong dari semua negara minggu ini.

Tiga bulan lalu, ia mengumumkan untuk menerima pelancong dari negara tertentu.

Walaupun Bali sudah mula dibuka kepada pelancong antaranya dari China, New Zealand, dan Jepun pada pertengahan Oktober tahun lalu, namun tiada penerbangan langsung ke destinasi itu, kata Menteri Pelancongan, Sandiaga Uno dalam sidang media hari ini.

Pembukaan semula itu adalah mengikut langkah sama dilakukan Thailand dan Filipina yang menangguhkan pengecualian kuarantin pada Disember berikutan ketidakpastian mengenai keberkesanan vaksin terhadap varian Omicron.

Keputusan itu dibuat walaupun Indonesia kembali mencatatkan peningkatan kes jangkitan harian Covid-19 bulan ini selepas berjaya mengawal keadaan pada separuh pertama tahun lalu.

Bali merekodkan 6.2 juta pengunjung asing pada 2019, sebelum pandemik bermula.

Singapore Airlines akan memulakan penerbangan langsung ke Bali dari Singapura mulai 16 Februari.

Menteri kanan, Luhut Pandjaitan sebelum ini dilaporkan berkata, pelawat antarabangsa yang sudah mendapatkan vaksin Covid-19 masih perlu menjalani kuarantin antara lima dan tujuh hari.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 January 2022 @ 7:42 PM