FOTO HIASAN AFP
FOTO HIASAN AFP
Agensi

Riyadh: Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Arab Saudi mengumumkan bahawa bermula Selasa minggu depan, status vaksinasi dilengkapi dos penggalak di aplikasi Tawakkalna diperlukan untuk menggunakan kenderaan darat, laut atau kereta api dengan pengecualian kepada kumpulan yang diberikan kelonggaran tidak perlu mendapatkan vaksin.

Keputusan itu meliputi penggunaan kereta api, teksi, kereta sewa, bas penumpang untuk keluar atau masuk ke bandar serta feri antara pulau Jazan dan Farasan.

Ia juga terpakai untuk kemasukan ke ibu pejabat dan cawangan Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam, pusat perkhidmatan perniagaan, serta stesen pengangkutan.

Peraturan baharu itu dilaksanakan bagi memberi jaminan persekitaran selamat selaras dengan saranan pihak berkuasa kesihatan mengenai pengambilan dos penggalak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 January 2022 @ 6:10 PM