VAKSIN Pfizer-BioNTech (kiri) dan Moderna. FOTO AFP
VAKSIN Pfizer-BioNTech (kiri) dan Moderna. FOTO AFP
AFP

Washington: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mendapati manfaat penggunaan dos penggalak lebih besar jika memenuhi syarat.

Vaksin Pfizer, Moderna, dan Johnson & Johnson (J&J) dibenarkan di negara itu dan dos penggalak daripada mana-mana satu boleh digunakan selepas lengkap vaksin utama daripada vaksin berlainan, lapor AFP.

Menurut ketetapan baharu, individu 65 tahun ke atas yang menerima dua suntikan Moderna atau mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai risiko serta terdedah untuk dijangkiti Covdi-19 akan menerima dos penggalak.

Individu dewasa yang mendapat vaksin J&J lebih dua bulan lalu, juga layak mendapat dos penggalak.

Sebelum ini, hanya mereka yang mengalami masalah imun lemah atau warga emas berisiko tinggi dalam kalangan penerima vaksin Pfizer, layak mendapat dos penggalak.

"Tindakan hari ini menunjukkan komitmen kami terhadap kesihatan awam dalam menentang pandemik Covid-19," kata pemangku pesuruhjaya FDA, Janet Woodcock.

Kenyataan itu juga memberi amaran mengenai kesan sampingan yang sangat jarang berlaku yang berkaitan dengan vaksin.

Vaksin RNA messenger, Pfizer dan Moderna, dikaitkan dengan peningkatan risiko radang jantung, miokarditis dan perikarditis, terutama pada lelaki muda.

Vaskin J&J pula dikaitkan dengan pembekuan darah yang serius dan jarang berlaku berserta platlet darah rendah, satu atau dua minggu selepas suntikan, dengan risiko paling tinggi dalam kalangan wanita berumur 18 hingga 49 tahun.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 9:47 AM