FOTO HIASAN AFP
FOTO HIASAN AFP
BERNAMA

New Delhi: India menyumbang 500,000 dos vaksin Covid-19 Covaxin yang tidak aktif kepada Afghanistan dan akan menghantar jumlah vaksin yang sama tidak lama lagi, kata Kementerian Luar India pada Sabtu.

"Hari ini, India membekalkan kumpulan bantuan kemanusiaan seterusnya yang terdiri daripada 500,000 dos vaksin Covaxin kepada Afghanistan... Satu lagi kumpulan tambahan 500,000 dos akan dibekalkan dalam beberapa minggu akan datang," kata kementerian itu dalam satu kenyataan, menurut Sputnik.

India berikrar untuk menyumbang satu juta dos vaksin kepada negara yang dilanda perang itu. Kumpulan dos vaksin terbaharu akan dihantar ke Hospital Indira Gandhi di Kabul.

Vaksin itu, yang dihasilkan daripada coronavirus yang telah dimatikan oleh syarikat bioteknologi India Bharat Biotech, dilengkapi dengan 1.6 tan bantuan perubatan yang diberikan India kepada Afghanistan melalui Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Disember.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 5:58 PM