PENGAWAL keselamatan memakai topi Santa Claus di depan kemudahan pelancongan bertentangan dengan Zon Hijau di Baghdad. FOTO AFP
PENGAWAL keselamatan memakai topi Santa Claus di depan kemudahan pelancongan bertentangan dengan Zon Hijau di Baghdad. FOTO AFP
AFP

Baghdad: Dua roket disasarkan ke Zon Hijau Keselamatan Ultra yang menempatkan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, menurut pihak berkuasa keselamatan Iraq.

"Zon Hijau di Baghdad disasarkan dua roket Katyusha. Roket pertama berjaya dijatuhkan pemintas pertahanan C-RAM.

"Roket kedua pula meledak di kawasan lapang dan memusnahkan dua kenderaan," katanya dalam kenyataan.

Sumber keselamatan memaklumkan kepada AFP, roket pertama jatuh berhampiran bangunan kedutaan, manakala roket kedua pada jarak 500 meter dari lokasi bangunan.

Sebelum ini, sumber keselamatan memaklumkan AFP dua roket ditembak jatuh berdekatan kedutaan AS.

Tiada pihak yang tampil bertanggungjawab ekoran insiden itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Disember 2021 @ 4:23 PM