FOTO fail menunjukkan kebakaran di medan minyak di Kirkuk, Iraq, pada 18 Oktober 2017. FOTO fail Reuters
FOTO fail menunjukkan kebakaran di medan minyak di Kirkuk, Iraq, pada 18 Oktober 2017. FOTO fail Reuters
AFP

Baghdad: Serangan roket Katyusha berhampiran kompleks gas dekat wilayah autonomi Kurdistan, namun tidak menyebabkan kerosakan atau kemalangan jiwa.

Ia serangan ketiga dalam tempoh 72 jam, kata seorang pegawai tempatan.

Pegawai daerah Qadr Qaram, Sediq Mohammed berkata, roket itu menyasarkan kompleks gas Khor Mor, yang dimiliki oleh syarikat tenaga milik Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dana Gas.

"Roket itu mendarat kira-kira 500 meter (hala) di luar kompleks," katanya.

Tiada tuntutan segera untuk serangan itu dan pasukan antikeganasan di wilayah Sulaimaniyah mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan di kompleks itu.

Medan gas berkenaan terletak di antara bandar Kirkuk dan Sulaimaniyah.

Serangan roket Katyusha yang tidak dituntut menyasarkan kompleks sama pada Rabu dan Jumaat, tanpa menyebabkan kecederaan atau kerosakan.

Infrastruktur tenaga di tempat lain di wilayah autonomi Kurdish juga diserang dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Terdapat kerosakan kecil berikutan serangan roket di kilang penapisan Kawergosk, barat laut ibu kota wilayah Arbil pada bulan lalu.

April lalu, serangan tiga roket berhampiran salah satu kemudahan yang terbesar di kawasan itu tanpa kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2022 @ 11:27 AM