GAMBAR yang dirakam dari udara menunjukkan Gunung Aso di barat daya Jepun menghamburkan asap selepas meletus, semalam.
GAMBAR yang dirakam dari udara menunjukkan Gunung Aso di barat daya Jepun menghamburkan asap selepas meletus, semalam.

Tokyo: Gunung berapi Aso di Kyusu, pulau di selatan Jepun meletus semalam dengan menghamburkan asap hitam dan kemudian putih setinggi 2,000 meter ke udara.

Letusan itu menyebabkan pihak berkuasa meningkatkan tahap berjaga-jaga, termasuk melarang orang ramai menghampiri kawasan sekitar dua kilometer dari kawah gunung berkenaan.

Tidak ada kediaman di sekitar kawasan berkenaan dan sehingga ini belum ada laporan mengenai kemalangan atau kerosakan diterima.

Beberapa penerbangan dari bandar Kumamoto dilencongkan kerana debu yang dimuntahkan ke udara akibat letusan itu.

Gugusan pulau Jepun terletak di atas ‘lingkaran api’ Pasifik dan negara itu mempunyai lebih 100 gunung berapi. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 5:04 AM