ROMANOV dan Bettarini bergambar di luar gereja. FOTO AFP
ROMANOV dan Bettarini bergambar di luar gereja. FOTO AFP
Agensi

Moscow: Selepas satu abad raja dan permaisuri Rusia dibunuh akibat kebangkitan revolusi Bolshevik, keluarga bangsawan Eropah berkumpul buat pertama kali.

Mereka hadir meraikan majlis perkahwinan diraja Rusia membabitkan pengantin lelaki, Grand Duke George Mikhailovich Romanov, 40, keturunan diraja Rusia dan pasangannya, Rebecca Bettarini, 39, dari Itali.

Dinasti Romanov tidak mempunyai kedudukan rasmi di Rusia sejak digulingkan pada 1917 dan sejak itu, mereka tidak berusaha kembali ke takhta.

Namun, perkahwinan itu menjadi puncak usaha mereka untuk mengukuhkan diri dalam kehidupan masyarakat di negara itu sejak jatuhnya komunisme 30 tahun lalu dan mungkin mengembalikan kemasyhuran kerabat itu kepada Rusia.

Pengantin lelaki berkata, perkahwinan itu sebahagian daripada rantaian peristiwa yang tidak dapat diramalkan keluarganya ketika dia dilahirkan di Madrid pada 1981.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Oktober 2021 @ 7:01 AM