BANDUAN membuat simbol sembilan dalam bahasa Thailand sebagai tanda menghormati mendiang Bhumibol, semalam. - Reuters
BANDUAN membuat simbol sembilan dalam bahasa Thailand sebagai tanda menghormati mendiang Bhumibol, semalam. - Reuters
Reuters

Bangkok: Lebih 3,000 banduan berbaris bagi membentuk simbol sembilan dalam bahasa Thai semalam sebagai penghormatan terhadap mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.

Thailand berkabung selama setahun selepas Bhumibol atau secara rasminya dikenali sebagai Raja Rama IX dan pemerintah kesembilan dari Dinasti Chakri meninggal dunia pada 13 Oktober lalu.

Seramai 3,699 banduan lelaki dari Pusat Pemulihan untuk Pesalah Muda di wilayah Pathum Thani berdiri di kompleks penjara dan menyanyikan lagu untuk raja mereka.

Semua banduan yang dihukum penjara akibat kesalahan dadah itu diiringi kumpulan pancaragam.

Aktiviti itu yang diwajibkan ke atas semua banduan adalah sebahagian acara yang diadakan di seluruh negara bagi menunjukkan rasa sedih atas kematian Bhumbol.

“Ramai banduan mahu melakukan sesuatu bagi menunjukkan kesetiaan terhadap mendiang raja mereka,” kata komander penjara, Narongsak Sompat.

Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn, 64, adalah pewaris takhta diraja Thailand tetapi Perdana Menteri Pra yuth Chan-ocha memberitahu beberapa jam selepas kematian Bhumibol, putera itu belum bersedia menaiki takhta.

Mayat mendiang kini ditempatkan di Istana Besar di Bangkok dan tarikh pengebumian masih belum diumumkan kerajaan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 9:28 AM