Seorang wanita mengenakan pelitup muka ketika membeli barangan di Tajrish Bazaar, Tehran. - FOTO AFP
Seorang wanita mengenakan pelitup muka ketika membeli barangan di Tajrish Bazaar, Tehran. - FOTO AFP
AFP

Tehran: Iran merekodkan lebih 700 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi dicatatkan setakat ini.

Kementerian kesihatan berkata, virus berkenaan meragut 709 nyawa, melepasi rekod tertinggi sebelum ini yang dicatatkan pada Ahad lalu iaitu 684 kematian.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan individu yang terkorban adalah 103,357 dan 4.76 juta jangkitan.

Presiden bari Iran, Ebrahim Raisi berkata, kerajaannya akan mengutamakan langkah mengatasi masalah ini dan menggerakkan usaha vaksinasi.

Sejak kes pertama dikesan pada Februari tahun lalu, Iran masih belum melaksanakan sebarang perintah berkurung, sebaliknya hanya menutup tempat awam seperti sekolah.

Sekatan terbaru yang dilaksanakan selama enam hari ditamatkan Ahad lalu, namun larangan perjalanan antara wilayah menggunakan kenderaan persendirian masih dikekalkan sehigga 27 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Ogos 2021 @ 7:50 PM