INOVASI pelitup muka yang mampu menghasilkan aroma enak, sepanjang hari. FOTO Agensi
INOVASI pelitup muka yang mampu menghasilkan aroma enak, sepanjang hari. FOTO Agensi
Agensi

Tokyo: Pelbagai inovasi dilakukan pada pelitup muka yang pemakaiannya kini menjadi kewajipan di kebanyakan negara sebagai langkah keselamatan mengekang Covid-19.

Di Jepun, sekumpulan remaja menghasilkan pelitup muka berbau harum sepanjang hari.

Idea itu menggunakan melon bread dan melon pan sejenis roti terkenal di Jepun yang dijadikan pelitup muka. Tiga penuntut Jepun ini berhasrat idea mereka dapat membantu seseorang menghidu aroma enak roti sepanjang hari.

Bagaimanapun, mereka memerlukan bantuan daripada makmal eksperimen Goku no Kimochi The Labo untuk mempraktikkan idea itu.

Mereka akan mendapatkan bantuan makmal berkenaan untuk menghasilkan pelitup muka yang memiliki ciri makanan.

Diharapkan, peminat makanan itu tidak akan dijangkiti bakteria jika memakai pelitup muka berkenaan sepanjang hari.

Melon pan dipilih kerana ia begitu popular di negara berkenaan selain dibuat daripada pelbagai perasa seperti coklat dan nanas.

Walaupun ada mengandaikan ia hanya gimik namun idea itu sudah diluluskan Institut Penyelidikan Unitika Garmentec.

Ia setanding dengan pelitup komersil lain yang mampu menghalang rembesan yang boleh menyebarkan Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Jun 2021 @ 6:31 AM