Maiamalina Mohamed Amin dan Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi hanya untuk perkhidmatan bawa pulang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Manakala, kedua-dua jenis perniagaan itu boleh beroperasi seperti biasa dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi kawasan dikenakan PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, secara keseluruhan, perkhidmatan penghantaran makanan adalah dibenarkan, manakala pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi; serta bank boleh beroperasi di kawasan PKP pada tahap berjaga-jaga.

"Patuhi SOP ketika berada di tempat-tempat ini seperti memakai pelitup muka dengan betul, jaga penjarakan fizikal dan kerap gunakan hand sanitizer.

"Sekiranya tidak ada keperluan segera atau mendesak, tidak perlulah keluar rumah. Stay at home," katanya dalam Perutusan Khas Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang disiarkan menerusi stesen televisyen, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberikan jaminan bahawa bekalan di semua sektor peruncitan adalah mencukupi.

Katanya, pemantauan terhadap barangan keperluan pengguna seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, ayam, sayur-sayuran, telur, bawang, hand sanitizer dan pelitup muka pula akan dilakukan setiap hari.

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 6:59 PM