VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
AFP

Hong Kong: Hong Kong tidak lama lagi mungkin terpaksa membuang jutaan dos vaksin Covid-19 yang menghampiri tarikh luput.

Selain itu, ia disebabkan tidak cukup orang yang mendaftar untuk program vaksinasi, lapor pihak berkuasa.

Hong Kong, antara beberapa tempat di dunia yang bertuah kerana mendapat bekalan vaksin yang mencukupi untuk 7.5 juta penduduknya.

Namun, terdapat pihak yang tidak percayakan pihak berkuasa di samping maklumat salah di internet dan sikap mengambil mudah, menyebabkan ramai yang ragu-ragu mengenai vaksin sekali gus memperlahankan program imunisasi Covid-19.

Pada Selasa, ahli pasukan petugas khas vaksin memberi amaran bahawa penduduk Hong Kong hanya mempunyai tempoh tiga bulan sebulan batch (kumpulan) pertama vaksin Pfizer-BioNTech akan melepasi tarikh luputnya.

"Semua (dos) vaksin mempunyai tarikh luput," kata petugas di Pusat Perlindungan Kesihatan, Thomas Tsang kepada radio RTHK.

Menurutnya, dos itu tidak akan dapat digunakan selepas tarikh luput, sambil menambah pusat vaksinasi sedia ada akan berhenti beroperasi selepas September.

Tsang berkata, adalah tidak patut apabila penduduk Hong Kong menolak untuk mendapatkan vaksin itu, sementara ada tempat lain di dunia yang berusaha untuk mendapatkan bekalan vaksin.

Hong Kong membeli 7.5 juta dos masing-masing vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac keluaran China.

Sinovac masih belum diluluskan penggunaannya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Mei 2021 @ 3:56 PM