PENUNJUK perasaan membuat penghadang ketika menyertai demonstrasi membantah rampasan kuasa Tentera Myanmar. FOTO AFP
PENUNJUK perasaan membuat penghadang ketika menyertai demonstrasi membantah rampasan kuasa Tentera Myanmar. FOTO AFP
AFP

Yangon: Sekurang-kurangnya 138 orang terbunuh dalam demonstrasi membantah rampasan kuasa Tentera Myanmar sejak 1 Februari lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Isnin.

Sehubungan itu, PBB mengutuk keganasan terhadap penunjuk perasaan berkenaan termasuk wanita dan kanak-kanak.

"Ini termasuk 38 orang yang terbunuh (pada Ahad), majoriti daripada mereka (terbunuh) di kawasan Hlaing Thayer, Yangon," kata Stephane Dujarric, jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

Pada 1 Februari lalu, tentera merampas kuasa selepas menahan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi dan Presiden Myanmar Win Myint.

Ia selepas tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti pemerintah (NLD) pimpinan Suu Kyi menang besar.

Susulan itu, demonstrasi besar-besaran diadakan di Myanmar sebagai membantah rampasan kuasa berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 9:31 AM