PASUKAN menyelamat membantu memindahkan mangsa banjir. FOTO EPA
PASUKAN menyelamat membantu memindahkan mangsa banjir. FOTO EPA
AFP

Jakarta: Lebih 1,300 orang dipindahkan selepas banjir melanda seluruh ibu negara Indonesia dan menenggelamkan jalan utamanya, pada Sabtu.

Ia susulan hujan lebat berterusan semalamam pada malam sebelumnya.

Sebahagian daripada kawasan dinaiki air antara 1.2 dan 2.7 meter (m).

Foto menunjukkan pasukan penyelamat menaiki bot untuk memindahkan warga tua dan kanak-kanak daripada kawasan terjejas.

Selain itu, banyak kenderaan terkandas dan ditenggelami banjir.

ANTARA kawasan terjejas banjir di Jakarta. FOTO AFP
ANTARA kawasan terjejas banjir di Jakarta. FOTO AFP

PENDUDUK berlindung di kawasan yang lebih tinggi. FOTO AFP
PENDUDUK berlindung di kawasan yang lebih tinggi. FOTO AFP

Jurucakap Agensi Penyelamat Kebangsaan, Yusuf Latif berkata, banjir disebabkan hujan luar biasa.

Jakarta dengan populasi kira-kira 30 juta orang sering dilanda banjir ketika musim hujan.

Banjir terburuk berlaku pada Januari tahun lalu selepas hujan lebat berterusan turut menyebabkan tanah runtuh.

Pada kejadian tahun lalu, seramai 67 orang meninggal dunia di Jakarta dan bandar sekitarnya, dengan paras air mencecah tingkat dua sebahagian bangunan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2021 @ 10:05 AM