BERNAMA

Moscow: Kira-kira 18,000 penduduk di New South Wales (NSW), Australia dipindahkan akibat banjir buruk yang dicetuskan hujan lebat, kata Perdana Menteri Gladys Berejiklian pada Isnin, lapor Sputnik.

"Sekitar 15,000 orang telah dipindahkan dari rumah mereka di Pantai Tengah-Utara. Di Nepean, wilayah Richmond Valley dan wilayah Hawkesbury, 3,000 penduduk dipindahkan setakat ini," kata Berejiklian ketika taklimat.

Perdana Menteri menambah hujan lebat dijangka berterusan, meminta penduduk setempat supaya berwaspada.

ANTARA kawasan yang dilanda banjir. FOTO AFP
ANTARA kawasan yang dilanda banjir. FOTO AFP

Menurut Sydney Morning Herald, pihak berkuasa New South Wales membuka pusat pemindahan banjir sejak Jumaat.

Lebih 200 sekolah ditutup dan kebanyakan jalan raya turut terjejas.

PENDUDUK menaiki bot di kawasan yang dilanda banjir. FOTO AFP
PENDUDUK menaiki bot di kawasan yang dilanda banjir. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mac 2021 @ 5:40 PM