MARK Zuckerberg. FOTO Reuters
MARK Zuckerberg. FOTO Reuters
AFP

Washington: Pemilik Facebook, Meta mengumumkan langkah pengecilan kakitangan dengan membuang 10,000 pekerjaan pada masa akan datang.

Dalam e-mel kepada pekerja, Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg berkata, langkah itu itu sebagai strategi syarikat ketika sektor teknologi Amerika Syarikat terus mengecil.

Katanya, pihaknya menyasarkan bahagian pengurusan pertengahan dan 5,000 peranan lain akan kekal tidak diisi.

"Ini akan menjadi sukar dan tiada jalan untuk mengatasinya.

"Ini bermakna (kami) mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sekerja berbakat dan bersemangat yang menjadi sebahagian daripada kejayaan kami," katanya.

Zuckerberg berkata, jabatan pengambilan Meta akan menjadi yang pertama berikutan syarikat sudah menamatkan usaha pengambilan pekerja apabila teknologi mengambil alih bagi memenuhi permintaan tinggi semasa pandemik Covid-19.

"Pada bulan-bulan berikutnya, jabatan teknologi dan perniagaan juga akan terjejas dan dalam sebilangan kecil kes, ia mungkin mengambil masa hingga akhir tahun untuk menyelesaikan perubahan ini," katanya.

Pengurangan itu berikutan pembuangan 11,000 jawatan yang diumumkan syarikat itu pada November lalu yang memulakan gelombang pengurangan pekerjaan sama merentasi syarikat teknologi besar termasuk Amazon, Google dan Microsoft.

Meta mengalami tahun sukar pada 2022 di tengah-tengah iklim ekonomi yang meruncing yang memaksa pengiklan untuk mengurangkan pemasaran dan perubahan privasi data Apple yang mengurangkan iklan peribadi.

Penganalisis Insider Intelligence, Jasmine Enberg berkata, Zuckerberg perlu memanfaatkan peluang kerana beliau sudah berjanji kepada pelabur bahawa 2023 akan menjadi tahun kecekapan untuk Meta.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2023 @ 10:52 AM