PASANGAN jutawan, Rob Hale dan Karen. FOTO Reuters
PASANGAN jutawan, Rob Hale dan Karen. FOTO Reuters
Agensi

Boston: Pasangan bilionair di Amerika Syarikat, Rob Hale dan Karen menyumbang kira-kira AS$1 juta (RM4.73 juta) setiap minggu sepanjang tahun ini.

Mereka akan memberikan dana itu kepada satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kecil, setiap minggu, menjadikan jumlah keseluruhan penerima adalah 52 NGO untuk 52 minggu.

Lapor John Hyatt dalam Forbes, jumlah terkumpul AS$52 juta (RM245.8 juta) adalah kecil dibandingkan dengan kekayaan kepada pasangan itu.

Berdasarkan anggaran Forbes, Hale mempunyai nilai kekayaan bernilai AS$5 bilion (RM23.64 bilion).

Beliau adalah pengasas bersama dan presiden, Granite Telecommunications dan pemilik bersama pasukan bola keranjang, Boston Celtics.

Hale dan isterinya itu sudah lama menjadi dermawan, dan kali ini mereka memperuntukkan wang mereka kepada organisasi yang lebih kecil.

"Ini adalah pertubuhan yang hebat dan berkesan, tetapi NGO itu tidak mempunyai tahap kewangan yang stabil," Hale kepada Forbes mengenai NGO yang menerima sumbangan terbabit.

Menjelang penghujung September lalu, pasangan itu sudah menderma AS$28.5 juta (RM134.75 juta) kepada 29 organisasi berbeza.

Ia termasuk organisasi yang menangani isu alam sekitar, kanser, keperluan untuk perlindungan di Republik Dominika dan akses yang lebih besar untuk belia Boston yang ingin mengambil bahagian dalam misi perkhidmatan.

Sumbangan itu membuat perbezaan besar kepada NGO ini yang kebanyakannya dilaporkan Forbes mempunyai pendapatan tahunan kurang AS$5 juta (RM23.64 juta).

Sepanjang pandemik, banyak NGO terjejas dan bergelut untuk mengambil pekerja dan mengalami menghadapi kesukaran mengumpul dana dalam talian.

Organisasi besar yang memiliki lebih daripada 21 pekerja atau lebih dua kali ganda mengatakan ia masih berkembang berbanding NGO yang lebih kecil, menurut satu tinjauan dijalankan pada Ogos 2021.

Hale berharap NGO akan memanfaatkan sumbangan itu termasuk membuat pelaburan berbaloi untuk meningkatkan dana organisasi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2022 @ 11:38 AM