KEADAAN trafik berhampiran sebuah jambatan Oakland, California. FOTO AFP
KEADAAN trafik berhampiran sebuah jambatan Oakland, California. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Menjelang 2035, semua kereta baharu yang dijual di California, Amerika Syarikat (AS) perlu memenuhi piawaian sifar pelepasan bahan bakar.

Langkah itu termasuk dalam pelan yang diterima pakai negeri itu minggu berikutan ekonomi terbesar AS dalam memacu evolusi bahan api fosil di seluruh negara.

Cadangan berkenaan yang dibahaskan Lembaga Sumber Udara California (CARB) minggu ini akan memformalkan sasaran ditetapkan Gabenor, Gavin Newsom.

Kemungkinan ia akan mendorong negeri AS lain ke arah sama.

Pelan itu yang ahli lembaga pengarah, Daniel Sperling baru-baru ini berkata, beliau yakin perkara itu akan diterima pakai juga.

Ia termasuk langkah tambahan yang mewajibkan lebih satu pertiga daripada jualan kereta pada 2026 di negeri itu menjadi sifar pelepasan dan jumlah itu menjadi lebih dua pertiga, menjelang 2030.

"Ini adalah perkara paling penting yang dilakukan CARB dalam tempoh 30 tahun lalu. Ia penting bukan sahaja untuk California, tetapi untuk negara dan dunia," katanya kepada CNN.

Lebih 40 juta pengguna California menjadikannya pasaran terbesar di negara berkenaan.

Keputusan pada Khamis berkemungkinan dibuat susulan undang-undang iklim yang ditandatangani minggu lalu oleh Presiden AS, Joe Biden.

Undang-undang itu memperuntukkan ratusan juta dolar insentif untuk program tenaga bersih.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bidang kuasa di seluruh dunia terutama di Eropah memberikan perhatian kepada sektor automobil yang mencemarkan.

Norway menyasarkan semua kereta baharu menghasilkan sifar pelepasan tailpipe menjelang 2025.

United Kingdom, Singapura dan Israel ke arah itu pada 2030, manakala Kesatuan Eropah mahu menamatkan penjualan kereta baharu menggunakan petrol dan diesel menjelang 2035.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2022 @ 9:54 AM