MARGUERITE memangku cicitnya yang ke-100. FOTO Agensi
MARGUERITE memangku cicitnya yang ke-100. FOTO Agensi
Agensi

Philadelphia: Seorang wanita berusia 99 tahun di Pennsylvania, Amerika Syarikat, menyambut kelahiran cicit yang ke-100.

Marguerite Koller, juga memiliki 56 cucu, dan jumlah ahli keluarganya semakin bertambah ketika usianya sudah hampir mencecah satu abad.

Untuk mengumpulkan seluruh keluarga di sekeliling meja dalam majlis kesyukuran hampir mustahil, jadi mereka hanya akan meraikan sambutan perayaan penting saja, kata Christine Balster, cucu kepada Koller.

Cicit yang lahir itu diberi nama Koller sebagai penghormatan kepada nama keluarga moyangnya.

Nama tengah pula akan diletakkan dengan nama William sebagai memperingati hasrat mendiang suami Marguerite.

"Suami saya suka nama Koller dan akan meletakkan nama tengahnya dengan nama William," kata Christine kepada NBC.

Christine berkata, bahawa wanita berusia hampir 100 tahun itu 'mencipta warisan yang menakjubkan dengan merentasi generasi.'

Marguerite yang berasal dari Blue Bell di Philadelphia bakal menyambut hari lahirnya yang ke-100 beberapa bulan lagi.

"Adakalanya saya berasakan saya sangat bertuah," kata wanita berusia 99 tahun itu ketika dia bertemu dengan cicitnya, Koller.

Wanita itu bersekolah menengah pada awal 1940-an dan pernah berhasrat untuk menjadi seorang biarawati.

Marguerite sentiasa ingin memiliki keluarga yang besar selepas mengalami betapa 'sukarnya' dan 'sunyi' menjadi anak tunggal ketika membesar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2022 @ 11:02 AM