FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

New York: Seorang lelaki di bandar ini didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh selepas menembak seorang pekerja McDonald's kerana menghidangkan kentang goreng sejuk kepada ibunya.

Menurut polis dan New York Post, tertuduh, Michael Morgan, 20, menembak pekerja McDonald's berusia 23 tahun di Brooklyn di sini, pada petang Isnin (1 Ogos)

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Insiden itu bermula selepas tercetusnya pertengkaran antara seorang wanita berusia 40 tahun dan mangsa.

Wanita itu mendakwa pekerja terbabit memberinya kentang goreng sejuk.

Dia membuat panggilan video kepada anak lelakinya bernama Morgan.

Anak lelakinya itu kemudian datang ke restoran itu dan bertengkar dengan pekerja restoran berkenaan.

Morgan kemudian menembak pekerja itu, menurut sumber polis yang dipetik oleh New York Post.

Menurut rekod, tertuduh pernah ditahan beberapa kali atas pelbagai kesalahan jenayah.

Jurucakap Polis New York berkata, Morgan juga didakwa dengan tuduhan memiliki senjata api.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2022 @ 10:29 AM