GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Los Angeles: Jumlah kes membabitkan dua subvarian Omicron baharu semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS), menambah kebimbangan pakar kesihatan sama ada ia boleh mencetuskan lonjakan kes Covid-19 ketika musim panas, lapor Xinhua.

Subvarian dikenali sebagai BA.4 dan BA.5, menyumbang hampir 13 peratus daripada kes baharu Covid-19 setakat 4 Jun, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, pada Selasa.

Menurut CDC, kedua-dua subvarian itu mewakili peratusan kes tertinggi di Texas, New Mexico, Oklahoma, Arkansas dan Louisiana.

Sementara itu satu lagi subvarian BA.2.12.1, yang kekal dominan di negara ini menyumbang 62.2 peratus daripada keseluruhan kes baharu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menambah varian BA.4 dan BA.5 ke dalam senarai varian dalam pemantauan pada Mac dan dikategorikan sebagai varian membimbangkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2022 @ 1:12 PM