GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Reuters

New York: Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang menular lebih pantas dikesan membentuk gabungan 70.1 peratus daripada varian Covid-19 di Amerika Syarikat pada 2 Julai, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

Varian BA.4 and BA.5 menyumbang kepada 52 peratus penularan pada minggu 25 Jun lalu.

Mereka memaklumkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini sedang meneliti senarai penularan pada Mac yang dikategorikan sebagai varian yang membimbangkan (VOC) oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC).

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS minggu lalu mengesyorkan pembuat vaksin Covid-19 untuk menukar reka bentuk suntikan penggalak mulai musim luruh ini dengan memasukkan komponen yang disesuaikan untuk memerangi varian BA.4 dan BA.5.

BA.4 menyumbang 16.5 peratus dalam kitaran varian berdasarkan data terkini, manakala BA.5 sebanyak 53.6 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2022 @ 9:22 AM