GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Reuters

Washington: Agensi kesihatan awam kebangsaan Amerika Syarikat (AS), pada Isnin berkata, subvarian Omicron iaitu BA.2 kini mewakili tiga daripada empat kes baharu Covid-19 di negara itu.

Secara keseluruhan, kes Covid-19 d- AS merekodkan penurunan yang ketara selepas mencatat rekod tertinggi pada Januari.

Namun, lonjakan kes di Asia dan Eropah menimbulkan kebimbangan mengenai gelombang baharu di AS.

Ia meskipun pakar meramalkan perkara itu tidak berlaku.

Subvarian BA.2 yang mudah menjangkiti kini 72.2 peratus daripada varian Covid-19 di AS, setakat 2 April, naik daripada 57.3 peratus, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

BA.2 kini adalah 86 peratus daripada kes global, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Ia lebih mudah menjangkiti berbanding subvarian Omicron BA.1 dan BA.1.1 .

Bagaimanapun, setakat ini, tiada bukti menunjukkan subvarian itu menyebabkan jangkitan yang lebih serius.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2022 @ 9:09 AM